Saturday, September 05, 2015

TAFSIR SURAH - AL-MA'UN


  • Surah ke-107
  • 7 ayat
  • Makiyyah 



BEBERAPA SIFAT YANG DIANGGAP MENDUSTAKAN AGAMA

Dengan Nama Alah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

1. Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?

2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim.

3. Dan tidak menggalakkan memberi makan kepada orang miskin.

4. Maka celakalah bagi orang yang solat.

5. (Iaitu) orang yang lalai terhadap solatnya.

6. Orang yang riyak.

7. Dan mereka enggan (menolong dengan) barang yang bermanfaat. 

solatnya :  "Orang yang lalai terhadap solat" sebagaimana disebut dalam Tafsir Ibnu Kathir bahawa apabila seseorang itu lalai daripada mengerjakan solat pada awal waktu, begitu juga lalai daam menepati rukun dan syarat dalam solat, serta tidak khusyuk ketika mengerjakan solat tersebut. (Tafsir Ibnu Khathir.Jil. 10,hlm.34)

bermanfaat :  Sebahagian mufassir menyatakan ia adalah zakat, harta, barang-barang kegunaan asas seperti kapak, timba, gunting, dan yang seumpamanya. (Al-Muharrir Al-Wajiz, hlm.207)

So, konklusinya , kita mesti:
  1. berbuat baaik dengan anak yatim
  2. beri orang miskin makan yakni selalu bersedekah
  3. jaga solat
  4. jangan riak
  5. menolong orang contoh macam pinjamkan barang ke..
- jangan pernah rasa diri dah cukup baik-




No comments:

Post a Comment